Wednesday, June 17, 2009

kuantan ramai pondan

Asalamualaikum.... apa khabar anak-anak murid dan rakan-rakan seperguruan sekelian....ADIPUTERA harap kalian dalam sihat afiat dan ADIPUTERA nak ingatkan selalu jangan lupa mengamal apa-apa yang dah diajar dan ingat pantang larang .... kalau tak.... boleh jadi pampas ilmu kalian... Sebagai anak pahlawan kita kena beringat-ingat dan kebal sentiasa.... Sebagai TOK GURU selalu dapat merasa apa-apa yang anak murid buat melalui firasat ... dan ADIPUTERA pun tak saje duduk bertapa dipergunungan ini tapi kadang-kadang juga terbang dan berjalan-jalan meninjau negeri serta meninjau anak-anak murid di lapangan... jadi bila berjalan-jalan tu ADIPUTERA berjumpa ramai orang dan temui banyak juga parkara ... Cuma dalam laman buat pertama kali ini.... ADIPUTERA nak cerita sikit pasal bandar Kuantan ....kalau anak-anak murid sekelian berjalan-jalan pada waktu malam di bandar Kuantan terutama sekitar lorong pasar... panggung wayang lama Capitol... jalan Bukit Ubi.... percaya atau tidak anak-anak murid sekelian akan jumpa ramai pondan disitu... samada yang dah tua atau yang muda... lama atau baru... atau yang bertukar ganti.....sebagai TOK GURU ....ADIPUTERA merasa terkejut kenapa ada pondan di situ dan ramai pulak anak muda kita dan orang dewasa berkeliaran menghampirinya....TOK GURU merasa geli menengok gelagat mereka masa melalui kawasan itu... tapi mereka tak perasan dan kenal dengan ADIPUTERA....macam mereka tak rasa apa-ape...Entahlah ADIPUTERA pun tak tau... samada mereka melanggan pondan-pondan tu atau tidak....Yang ramai tu....pondan dan yang berkeliaran tu Melayu pulak...Entahlah apa nak jadi dengan dunia ini... TAPI APA YANG TERFIKIR dalam firasat ialah kenapa benda-benda macam tu dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.. kenapa pihak-pihak yang berkuasa macam tak ambil peduli dan tindakan... Dengar khabarnya benda-benda macam tu dah lama berlaku di bandar Kuantan tapi orang macam tak kisah aje... Boleh jadi dah kebal dan lali kot....yang ADIPUTERA dengar tempat-tenpat macam tu popular sangat kepada orang -orang luar yang datang ke Kuantan.... Dulu pun ADIPUTERA pernah dengar cerita pasal pondan di Kuantan dah keluar dalam suratkhabar....RIBUT satu Pahang dan orang tertentu dekat Kuantan tu menepis dan mencari alasan...Tak ke memalukan bandar Kuantan dan negeri Pahang....Entahlah pening kepala ADIPUTERA memikirkannya.... Apalah nak jadi dengan orang-orang kita yang beragama Islam ni.....Pada firasat ADIPUTERA pihak berkuasa di Pahang perlu berbuat sesuatu untuk membersihkan imej buruk tersebut...Jangan kita ambil tindakan apabila orang dah tulis dalam suratkhabar atau keluar dalam TV saje..... itu kan tidak pro-aktif namanya... CUKUPLAH dulu luahan rasa ADIPUTERA dalam laman ini buat pertama kalinya...cuma yang nak ADIPUTERA nak ingatkan kepada anak-anak murid sekelian ialah jangan mendekati orang-orang macam tersebut...Tak berkat dan pampas amalan yang TOK GURU ajarkan.... Wassallam........

Nasi Ambeng Adiputera


Nasi putih

Ayam masak kicap (selalu nya 1/4 setiap hidang)

Sambal goreng (sayur campur orang jawa)

Serunding kelapa Mee Hoon goreng Ikan kering bulu ayam digoreng (ikan yang kecil2 bila digoreng rangup)

Ulam timun Rempeyek kacang tanah atau apa2 keropok

Tempe goreng - Optional

Cara Hidang

1- Nasi putih diisi ke dalam dulang besar.

2- Letak ayam ditengah2 kemudian bahan2 lain dikelilingnya. Kadang2 tuan rumah sudah memberi sukatan iaitu kalau hidangan untuk 4 orang, bahan tersebut diletak secara berselang-seli samada 2 bahagian atau 4 bahagian. Kalau diletak satu bahagian setiap satu pun tidak mengapa.

3- Selalunya ade seorang menjadi wakil setiap hidang untuk membahagikan hidangan tersebut sama rata.

Selamat mencuba!